Home Free Lab ReportsMasyarakat cina amat menghormati dan menyembah nenek moyang mereka disebabkan mereka mempunyai kepercayaan dan percaya bahawa terhadap semangat daripada nenek moyang mereka akan berhidup dengan mereka serta menjaga mereka dalam segala hal yang berlaku pada mereka

Masyarakat cina amat menghormati dan menyembah nenek moyang mereka disebabkan mereka mempunyai kepercayaan dan percaya bahawa terhadap semangat daripada nenek moyang mereka akan berhidup dengan mereka serta menjaga mereka dalam segala hal yang berlaku pada mereka

Masyarakat cina amat menghormati dan menyembah nenek moyang mereka disebabkan mereka mempunyai kepercayaan dan percaya bahawa terhadap semangat daripada nenek moyang mereka akan berhidup dengan mereka serta menjaga mereka dalam segala hal yang berlaku pada mereka. Penyembahan nenek moyang ini berasal daripada zaman-zaman awal tamadun China iaitu pada zaman Dinasti Shang. Ritual dan upacara yang dilakukan untuk menyembah nenek moyang yang dianggar sebagai berada di syurga. Namun, Konfucianisme di mana konsep xiao sama dengan berbakti kepada ibu bapa yang berobligasi perlu mengekalkan dan meneruskan amalan penyembahan kepada nenek moyang ini. Menurut ajaran Konfucianisme, hubungan asal antara ahli keluarga dengan nenek moyang mereka masih dikekalkan dan dapat ditunjukkan menerusi upacara atau ritual penyembahan nenek moyang walaupun hubungan mereka dipisahkan oleh kematian mahupun dunia lain. Perkara ini telah menunjukkan penyembahan nenek moyang mereka untuk memberi kehormatian kepada nenek moyang mereka.
Kaum cina untuk mengingatkan dan menghormati nenek moyang, terdapat beberapa ritual yang dijalankan dalam upacara penyembahan nenek moyang seperti upacara dalam pengorbanan beberapa barangan kepada nenek moyang. Sebagai contoh, kaum cina menyerahkan barang-barang seperti makanan, buah-buahan serta lilin dan sebagainya kepada nenek moyang. Di samping itu, duit semangat dibakarkan juga merupakan salah satu upacara dan ritual untuk penyembahan nenek moyang. Hal ini kerana mereka percaya duit ini yang dibakar, jumlah tersebut akan dihantar kepada nenek moyang walaupun mereka yang berada dunia lain maka mereka dapat menggunakan duit ini di dunianya. Upacara penyembahan nenek moyang akan sentiasa dilakukan secara berkala dan selalu oleh ahli keluarganya. Acara ini dijalankan dalam setiap tahun dan menentap satu hari untuk melakukan penyembahan nenek moyang, hari tersebut adalah dikatakan perayaan Qing Ming.
Hari Qing Ming biasa jatuh pada hari 4 hingga 6 April setiap tahun. Perayaan Qing Ming diraikan pada permulaan bulan April iaitu sama ada 4 atau 5 April tiap-tiap tahun. Qing Ming merupakan hari yang signifikan dalam budaya tradisional China. Qing Ming bertujuan untuk memuja serta menyembah nenek moyang yang telah meninggal dunia. Berdasarkan catatan sejarah yang dahulu menunjukkan adam resam untuk Qing Ming yang mempunyai sejarah yang melebihi 2500 tahun. Adam resam ini bukan hanya diamalkan oleh kaum Han sahaja, tetapi juga diamalkan oleh beberapa etnik minoriti yang lain.