Home Free Lab ReportsKementerian Kewangan Malaysia atau dikenali sebagai Perbendaharaan Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan dasar kewangan dan bajet negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara yang mampan

Kementerian Kewangan Malaysia atau dikenali sebagai Perbendaharaan Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan dasar kewangan dan bajet negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara yang mampan

Kementerian Kewangan Malaysia atau dikenali sebagai Perbendaharaan Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan dasar kewangan dan bajet negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara yang mampan. Malahan, berfungsi bagi merumus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan fiskal untuk menjamin kecekapan dalam pembahagian dan pengurusan sumber-sumber kewangan kerajaan bagi mengelakkan kerugian yang besar dalam perbelanjaan negara. Seterusnya, kementerian juga menyediakan perkhidmatan yang meliputi segala aspek operasi, prosedur dan prinsip-prinsip perakuanan bagi agensi kerajaan dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dipatuhi oleh semua kementerian. Selain itu, berperanan dalam menggubal dasar sistem percukaian yang saksama bagi menjana hasil negara. Kementerian kewangan juga memantau syarikat kerajaan yang ditubuhkan di bawah menteri kewangan diperbadankan serta pengurusan kewangan badan berkanun persekutuan khususnya berkaitan pelaburan, pinjaman, aliran tunai bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik. Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan kerajaan. Menerajui projek-projek strategik bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam untuk kesejahteraan rakyat. Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil dan saksama.